Hotel Darulaman

Scuba Diving Tips Been staying at Hotel Darulaman? Please Vote!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
4.00/5 (1 votes)
Loading...
It'd be great to hear about your experience!
Click here to share your recommendations Diver Smiley

SELAMAT DATANG KE HOTEL DARULAMAN!

Salam hormat, salam sejahtera dan salam satu Malaysia daripada Hotel Darulaman, Jitra Kedah.

Hotel Darulaman adalah sebuah hotel bajet milik penuh Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad (KGMKB) yang terletak di Bandar Baru Darulaman, Jitra Kedah. Kedudukan hotel ini amat strategik kerana ia terletak berhampiran dengan pusat-pusat pengajian tinggi di sekitar Jitra.

Hotel Darulaman menyediakan 36 buah bilik penginapan yang besar lagi selesa dan boleh menempatkan antara 100 hingga 120 orang dalam satu masa. Hotel ini juga menyediakan dua buah dewan seminar yang dilengkapi dengan set peralatan PA sistem. Dewannya boleh memuatkan antara 120 ke 200 orang dalam satu-satu masa.

Hotel Darulaman amat berbesar hati menjemput dan mengalu-alukan kedatangan tuan/puan untuk berkunjung dan menginap serta mengadakan pakej-pakej kursus, seminar atau kem motivasi di Hotel Darulaman. Perkhidmatan katering turut disediakan.

Pihak pengurusan Hotel Darulaman mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan tuan/puan dengan memilih Hotel Darulaman sebagai destinasi penginapan. Semoga tuan/puan berpuas hati dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang di sediakan. Sebarang komen yang membina amat-amat kami hargai bagi memperbaiki mutu perkhidmatan Hotel Darulaman di masa hadapan.

Isi Kandungan

Bilik

BILIK SUITE

Bilik yang boleh memuatkan antara 3 ke 6 orang sebilik dalam satu masa.
Kemudahan:

  • 1 Katil Double
  • 1 Katil Single
  • Televisyen
  • 1 Sofabed
  • Almari Pakaian
  • Penghawa dingin
  • Bilik air yang besar dan selesa
  • Mini Bar
  • Telefon

BILIK DELUXE

Bilik yang boleh memuatkan 3 ke 4 orang sebilik. 4 buah bilik yang mempunyai 1 katil double termasuk 1 bilik ‘connecting’. 9 buah bilik yang mempunyai 2 katil single termasuk 8 bilik yang mempunyai sofabed. Dilengkapi dengan kemudahan lain seperti:

  • Televisyen
  • Almari Pakaian
  • Mini Bar
  • Penghawa Dingin
  • bilik air yang besar dan selesa

BILIK SUPERIOR

Bilik ini boleh memuatkan antara 2 ke 3 orang sebilik. Terdapat 4 bilik yang mempunyai 1 katil double di dalamnya termasuk 2 bilik connecting. Terdapat 16 bilik yang mempunyai 2 katil single di dalamnya termasuk 2 bilik yang mempunyai sofabed. Bilik-bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti:

  • Televisyen
  • Almari Pakaian
  • Mini Bar
  • Penghawa Dingin
  • bilik air yang besar dan selesa

BILIK STANDARD

Bilik yang selesa dan sesuai untuk 2 orang pelanggan. Terdapat 2 buah bilik yang mempunyai 1 katil saiz double di dalamnya dan merupakan bilik connecting. Bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti:

  • Televisyen
  • Almari Pakaian
  • Mini Bar
  • Penghawa Dingin
  • Ruang udara disediakan kerana bilik ini tidak mempunyai tingkap
  • bilik air yang besar dan selesa

Kemudahan & Perkhidmatan

KEMUDAHAN

Dua (2) Dewan Seminar

Dewan Seminar Al Aslah

Classroom : 55 pax
Teater : 90 pax
Boardmeeting : 34pax
U-shape : 30pax

Dewan Seminar Al Munir

Classroom : 65 pax
Teater : 110 pax
Boardmeeting : 38pax
U-shape : 35pax

Dewan Seminar Al Aslah & Al Munir

Classroom : 120 pax
Teater : 200 pax

DEWAN SEMINAR AL ASLAH

  • PA Sistem dan siaraya yang sistematik
  • Papan tulis dan alatulis
  • Penghawa dingin
  • Kemudahan wi-fi

DEWAN SEMINAR AL MUNIR

  • PA Sistem dan siaraya yang sistematik
  • Papan tulis dan alatulis
  • Penghawa dingin
  • Kemudahan wi-fi

PAKEJ-PAKEJ YANG DITAWARKAN

Pakej Seminar/kursus

  • Sewaan dewan sahaja
  • Sewaan dewan berserta penginapan dan makan
  • Sewaan dewan dan makan
  • Pakej Perkahwinan
  • Menyediakan sewaan dewan dan makan untuk majlis makan beradab (wedding reception)
  • Sewaan dewan, makan dan penginapan percuma untuk pasangan pengantin shj.
  • Sewaan penginapan dan makan untuk rombongan pengantin
  • Menyediakan persediaan majlis perkahwinan seperti pelamin, khemah dan lain-lain

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Menyediakan perkhidmatan sewa bas, kereta dan van
  • Menguruskan sewaan tempat bermain golf
  • Kemudahan Internet & Wi-fi
  • Menyediakan khemah untuk majlis-majlis besar
  • Kelengkapan kerusi & meja untuk peserta kursus dan majlis jamuan
  • Perkhidmatan katering untuk peserta kursus dan penginap yang menginap dalam jumlah yang ramai (atas permintaan)
  • Perkhidmatan laundry

LOKASI

TEMPAT-TEMPAT MENARIK BERHAMPIRAN HOTEL

  • Gunung Kriang – 10km
  • Muzium padi & Pusat Sains – 10km
  • Darulaman Golf – 2km
  • Tasik Darulaman ( Taman Tema)-2km
  • Pekan Rabu – 15km
  • Rumah kelahiran Tun Dr Mahathir – 17km
  • Muzium Di Raja- 15km
  • Galeri Sultan Abdul Halim – 15km
  • Rumah Merdeka – 15km
  • Masjid Zahir – 15km
  • Masjid Al Bukhary – 15km
  • Bukit Kayu Hitam / Danok – 22km
  • Mini Zoo – 9km
  • Menara Alor Setar – 15km

KEISTIMEWAAN KEPADA PELANGGAN HOTEL

  • 100m dari pusat khidmat telekomunikasi
  • 100m dari pasaraya 24 jam
  • 100m dari pasar malam setiap khamis
  • 150m dari masjid Al Muttaqin dengan kuliah maghrib setiap malam dan subuh setiap cuti umum
  • 200m dari pusat polis Komuniti
  • 200m dari Pusat Rawatan Mahsuri
  • 100m dari klinik 1 Malaysia
  • 200m dari pusat membaiki kenderaan
  • 400m dari perhentian bas ekspress
  • 400m dari stesen Petronas & 150m dari stesen Shell
  • 1km dari susur keluar Lebuhraya Utara Selatan
  • 1km dari Pasaraya Yawata
  • 5km dari Hospital Jitra
  • 5km dari lapangan terbang Sultan Abdul Halim
  • 5km dari Kolej TUDM
  • 10km dari pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Diraja Anak Bukit
  • 10km dari pusat pengajian agama Maahad Tarbiah Dehrang
  • 20km dari Bandaraya Alor Setar 35km ke jeti Kuala Kedah dan 60km ke jeti Kuala Perlis

KEMUDAHAN DI PERSEKITARAN HOTEL

  • Berdekatan Masjid
  • Mudah untuk ke institusi pengajian tinggi seperti POLIMAS, IPGM, Institut Aminudin Baki, ILP, Kolej Komuniti & UUM
  • Mudah untuk ke sekolah berasrama penuh SM Sains Kubang Pasu, MRSM Kubang Pasu, SM Intergrasi & Kolej Matrikluasi Kedah
  • Laluan ke Bukit Kayu Hitam, Perlis dan Padang Besar
  • Dikelilingi oleh gerai-gerai makan dipersekitaran hotel

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name

Email

Website

*

Share
Tweet
+1
Pin
Share